Wednesday 3 June 2009

Nikah

1. DALIL DARI AL-QURAN

Firman Allah Taala:Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu. (Surah al-Nuur: 32)Ayat di atas merupakan satu anjuran yang ditujukan kepada orang-orang yang tidak mempunyai isteri supaya berkahwin.Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya. (Surah al-Baqarah: 232)Ayat di atas merupakan larangan dari Allah Taala kepada ibubapa yang enggan atau menghalang perkahwinan anak-anak perempuan mereka.Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami). (Surah al-Furqaan: 74)Firman Allah Taala ini menyatakan satu sifat terpuji, iaitu berdoa memohon kepada Allah Taala agar dikurniakan isteri dan zuriat yang menyejukkan mata.

2. DALIL DARI HADIS RASULULLAH S.A.W :

Sabda Rasulullah s.a.w :Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu. (Riwayat Abu Ya'la dari Ibnu Abbas r.a)Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya. (Hadis Dha'if riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar)Rasulullah s.a.w. telah bersadba: Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami. (Hadis Dho'if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda: Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin. (Hadis Dha'if riwayat Ibnu Majah)Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu melemahkan syahwat jimak. (Hadis yang disepakati oleh ali Hadis)Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi, dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Barangsiapa yang mampu (mempunyai kelebihan) untuk berkahwin, tetapi dia tidak berkahwin, maka bukanlah dia dari golonganku".dari hadis Rasulullah s.a.w. di atas menunjukkan beberapa fadhilat dan kelebihan yang mendorong dan menggalakkan supaya berkahwin. Ia juga menunjukkan akan kekhuatiran terhadap berlakunya zina mata dan zina faraj (kemaluan). Perkahwinan merupakan satu-satunya jalan keluar dari kekhuatiran tersebut .

3.DALIL DARI PERKATAAN PARA SAHABAT DAN ULAMAK

Saidina Umar al-Khatab r.a pernah berkata:"Tiada yang menghalang perkhawinan itu kecuali oleh orang yang lemah dan yang membuat maksiat."Perkataan ini menjelaskan bahawa agama tidak menghalang perkahwinan dan sebaliknya merupakan satu kecelaan terhadap orang-orang yang menghalangnya.Saidina Abbas r.a. berkata:"Tidak sempurna ibadat seseorang yang mengerjakan ibadat sehingga dia berkahwin."Ini bermaksud, tidak sempurna ibadat seseorang itu kecuali setelah hatinya dikosongkan dari segala gangguan-gangguan was-was nafsu syahwat perkahwinan. Lalu kekosongan tersebut diisi dengan Allah s.w.t. Perkara ini akan hanya akan diperolehi dengan jalan perkahwinan sahaja.Abdullah bin Masud pernah mengucapkan:"Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang kusukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang.Sewaktu wabak taun melanda negeri Mesir, dua orang isteri saidina Mua'z telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut. Dan ketika beliau sendiri diserang taun, katanya:"Kahwinkanlah aku. Aku tidak suka menemui Allah s.w.t. dalam keadaan aku bujang. "Saidina Ali r.a. telah berkahwin selepas tujuh malam kematian Saiyidah Fatimah r.a.Saidina Umar al-Khatab r.a. adalah antara sahabat yang banyak berkahwin. Katanya:"Aku tidak berkahwin kecuali untuk menghasilkan anak."Sufian bin Uyainah berkata:"Memperbanyakkan isteri bukanlah dari perkara dunia yang sia-sia kerana saidina Ali r.a. merupakan seorang sahabat yang paling zuhud mempunyai 4 orang isteri dan 17 orang jariah. Perkahwinan merupakan jalan para anbiyak dan akhlak mereka. "Imam Ahmad bin Hanbal r.a. telah berkahwin pada hari kedua kematian isterinya. Katanya:"Aku tidak suka bermalam dalam keadaan aku bujang."daripada hadis dan Al quran serta kata-kata sahabat dan ulamak itu menerang dengan jelas kelebihan berkahwin dan tuntutan perkahwinan..kadang -kadang kita tahu kelebihan perkahwinan tetapi orang kata tak sampai jodoh...memang jodoh, ajal, dan rezeki itu memang ditetapkan oleh tuhan. lahirnya kita didunia ALLAH akan sekalikan denganketetapan rezeki, ajal dan jodoh.memang kita dah ada semuanya tetapi tanpa usaha kita akan sia-sia..saya bagi contoh...kita beli nasi lemak sepinggan.. so, memang nasi lemak itu hak kita.. tapi adakah kita boleh makan kalau kita tidak mengangkat tangan kita untuk menyuapnya? jadi kalau kita nak mengharap makanan masuk dalam mulut alahai tunggu hari kiamat la jawabnya..kecuali kita juga boleh minta orang suap atau orang sian kat kita dan tolong suap...saya nak buka perbincangan tentang tolong suap nie laaa..sepatutnya kita ada ajk BM dalam al-ikhmal nie... tolong check mana2 ahli yang tak kahwin, tolong risik dan tolong ejust tolong kawan kita nie..ramai kawan saya kat sekolah yang belum berkahwin walaupun dah lewat...bukan tak cantik, bukan tak berjurus perangai, comel-comel dan baik sekali... tetapi sebab apo tiada jodoh?jadi saya mintalah BM al ikhmal bergerak aktif tolong kawan kita supaya mereka tidak menyesal dikemudian hari..untuk berjaya dalam perjuangan tidak memeerlukan ahli yang ramai tetapi ahli yang berkualiti...untuk mendapatkan pengikut yang berkualiti dan beriman, ia bermula buka dalam kandungan tetapi sejak kita belum lahir lagi.... so kita cuba satukan ahli al ikhmal supaya generasi ikmal yang berkualiti akan dihasil kan...insyallah....

No comments:

Post a Comment